Penulisan refleksi GKK1043 Kesihatan Diri dan Kecergasan
NAMA : NURDURRATUL AIN BINTI HISHAMUDDIN
UNIT : BAHASA MELAYU
SEM : PPISMP SEMESTER 1
ANGKA GILIRAN : 2020092310207
Assalamualaikum, saya Nurdurratul Ain Binti Hishamuddin dari kelas Bahasa Melayu ingin membincangkan tentang refleksi mengenai subjek GKK1043 yang berkaitan dengan kecergasan dan kesihatan diri. Maksud refleksi ialah aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan bertujuan meningkatkan kemahiran guru. Menurut Hanipah (2004), refleksi sebagai satu proses merenung, menganalisis, mencari alasan dan seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan.
Rajah 1.0 menunjukkan aktiviti regangan badan
Berdasarkan program latihan piramid fizikal saya itu, saya telah berjaya mematuhi segala aktiviti yang terdapat di dalam piramid tersebut. Aktiviti fizikal harian yang saya lakukan mengikut jadual yang disenaraikan bawah sekali ialah menaiki turun tangga berkali-kali. Bagi aktiviti aktif pula saya melakukan aktiviti seperti berjoging, senamrobik, berbasikal dan lain-lain. Aktiviti senaman kekuatan daya tahan dan fleksibiliti pula saya lakukan sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu seperti aktiviti tekan tubi dan regangan badan. Saya juga akan mengurangkan aktiviti rehat ataupun tidak aktif seperti menonton televisyen dan bermain komputer.
Rajah 2.0 menunjukkan aktiviti senamrobik
Melalui piramid fizikal ini, saya telah mematuhi prinsip-prinsip latihan (FITT) yang merupakan prinsip asas senaman FITT yang merangkumi kekerapan senaman,intensiti, jangka masa dan jenis aktiviti. Prinsip FITT ini merupakan prinsip asas senaman yang harus dipatuhi sewaktu menjalankan aktiviti senaman.Dari segi kekerapan bersenam, saya telah melakukan senaman ini dengan konsisten iaitu sekurang-kurangnya 2- 3 kali semininggu pada intensiti yang cukup. Sebagai contoh aktiviti yang telah saya lakukan ialah berjalan laju.
Seterusnya dari segi bebanan pula saya telah melakukan aktiviti joging dan lari ulang-alik. Ini kerana kecergasan jantung memerlukan senaman yang dapat meningkatkan kadar nadi melebihi kadar nadi normal. Hasilnya, kadar nadi saya telah mencapai sebanyak 60%- 80%.
Merujuk kepada masa senaman pula, saya telah melakukan aktiviti tekan tubi selama 20 minit tidak termasuk aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan. Senaman tekan tubi ini saya lakukan pada waktu pagi dan petang selepas saya berlari 2.3 km.
Akhir sekali, saya akan merujuk kepada jenis senaman yang dapat mengikut keupayaan dan minat saya. Sebagai contohnya, untuk meningkat daya tahan jantung, saya akan melakukan senaman aerobik seperti berjalan, berjoging dan berbasikal. Bagi meningkatkan kekuatan otot saya, saya akan melakukan latihan angkat berat dan regangan mengikut keupayaan saya.
Oleh itu, saya mestilah mengamal aktiviti dan senaman berdasarkan piramid fizikal saya agar saya dapat memastikan kesihatan saya berada dalam keadaan yang baik.
Comments
Post a Comment