Penulisan refleksi GKK1043 Kesihatan Diri dan Kecergasan
NAMA : NURDURRATUL AIN BINTI HISHAMUDDIN UNIT : BAHASA MELAYU SEM : PPISMP SEMESTER 1 ANGKA GILIRAN : 2020092310207 Assalamualaikum, saya Nurdurratul Ain Binti Hishamuddin dari kelas Bahasa Melayu ingin membincangkan tentang refleksi mengenai subjek GKK1043 yang berkaitan dengan kecergasan dan kesihatan diri. Maksud refleksi ialah aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan bertujuan meningkatkan kemahiran guru. Menurut Hanipah (2004), refleksi sebagai satu proses merenung, menganalisis, mencari alasan dan seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan. Rajah 1.0 menunjukkan aktiviti regangan badan Berdasarkan program latihan piramid fizikal saya itu, saya telah berjaya mematuhi segala aktiviti...